
Umrah 9 - 22 September 2007
SEBUTHARGA UMRAH 9 - 22 September 2007
14 HARI / 12 MALAM
|
PENERBANGAN: EGYPT AIRLINES(
MS )
|
| 9 SEP 2007 |
KUALA LUMPUR / KAHERAH |
0040 / 0750 |
| 12 SEP 2007 |
KAHERAH / JEDDAH |
0830 / 1030 |
| 21 SEP 2007 |
JEDDAH / KAHERAH |
1130 / 1340 |
| 22 SEP 2007 |
KAHERAH / KUALA LUMPUR |
0330 / 2040 |
PENGINAPAN:
Kaherah - CAIRO KHAN HOTEL x 3 malam
Makkah – NAJD HOTEL (<100m) x 6 malam
Madinah - KARAM HOTEL (<100m) x 3 malam
HARGA PAKEJ:
2 SEBILIK
(SEORANG) |
3 -4 SEBILIK
(SEORANG) |
KANAK KANAK TIDAK BERKATIL
(SEORANG) |
RM 6,100.00 |
RM 5,900.00 |
RM 4,575.00 |
|
HARGA PAKEJ TERMASUK:
- Harga tambang penerbangan kelas Ekonomi pergi balik untuk seorang.
- Cukai lapangan terbang dan insuran penerbangan.
- Penginapan di Makkah dan Madinah seperti di dalam aturcara.
- Makan minum 3 kali sehari buffet ala melayu.
- Pengangkutan dan Ziarah.
- Mutawif yang fasih berbahasa Arab dan Melayu.
- Visa Umrah.
- Beg galas, buku panduan umrah dan 10 liter air zam zam untuk setiap jemaah dewasa
HARGA PAKEJ TIDAK TERMASUK:
- Perbelanjaan peribadi seperti telefon, khidmat basuh baju dan
sepertinya
- Lawatan yang tidak termasuk di dalam aturcara
HARGA PAKEJ, JADUAL PENERBANGAN & PENGINAPAN
TERTAKLUK KEPADA PERUBAHAN
|
ATURCARA PAKEJ UMRAH
HARI 01 KUALA LUMPUR KAHERAH
Jemaah dinasihatkan supaya berkumpul di KLIA sekurang-kurangnya tiga jam sebelum waktu berlepas. Berlepas dari KLIA menuju ke Kaherah dengan pesawat Egypt Air . Setibanya di Kaherah, jemaah akan dijemput oleh wakil MITRA KEMBARA SDN BHD, dan seterusnya di bawa menziarahi Kubu Citadel, Masjid Azhar dan Masjid Saidina Hussein serta perkarangan Al Azhar University. Seterusnya jemaah akan dibawa berbelanja di Bazaar Khan El Khalili. Makan tengahari seterusnya akan dibawa ke hotel untuk check in. Bermalam di Kaherah.
HARI 02 KAHERAH
Selepas sarapan pagi, jemaah akan dibawa ke Alexandria. Perjalanan akan memakan masa lebih kurang 5 jam. Tiba di Alexandria, jemaah akan dibawa melawati Taman Montazah, Istana Raja Farouk, Masjid Abu Darda', Masjid Abu Abbas, Maqam Nabi Daniel serta maqam Luqman Al Hakim. Makan tengahari disediakan. Lawatan berakhir dengan menziarahi Kom Shakofa dan Telok Qaits. Kembali ke Kaherah dan acara bebas. Bermalam di Kaherah.
|
|

|
ATURCARA PAKEJ UMRAH
HARI 03 KAHERAH
Selepas sarapan, jemaah akan dibawa melawati ke Muzium Kebangsaan Mesir, Lembah Berhala, Pyramid dan ukiran Sphinx. Seterusnya dibawa melawati Kilang Papyrus serta kilang minyak wangi. Kembali ke hotel melalui Sakkara di pinggiran Kaherah dan acara bebas. Bermalam di Kaherah.
HARI 03 KAHERAH / JEDDAH / MADINAH
Penerbangan ke Jeddah pada jam 11.30 pagi. Setibanya di Jeddah jemaah akan disambut oleh wakil MITRA KEMBARA SDN BHD seterusnya dibawa ke Madinah dengan bas berhawa dingin untuk urusan check in. Bermalam di Madinah
HARI 04 MADINAH
Jemaah akan dibawa menziarahi di dalam Masjid Nabawi seperti Raudah, Maqam Rasullulah, Khalifah Abu Bakar, Khalifah Umar serta medan perkuburan Baqi. Seterusnya jemaah bebas dengan acara sendiri. Bermalam di Madinah.
HARI 05 MADINAH
Jemaah akan dibawa menziarahi tempat-tempat bersejarah di Madinah seperti, Masjid Quba, Masjid Tujuh, Masjid Qiblatain, Jabal Uhud, dan pasar kurma. Seterusnya jemaah adalah bebas untuk mengisi masa lapang dengan memperbanyakkan ibadah atau menguruskan hal-hal peribadi. Bermalam di Madinah
HARI 06 MADINAH / MEKAH
Jemaah adalah dinasihatkan untuk mengerjakan ziarah wida' sebelum berangkat ke Mekah. Jemaah adalah dinasihatkan supaya berihram dari hotel dan bermikat di Bir Ali. Setelah tiba di Mekah dan mendaftar di tempat penginapan, jemaah akan dikumpulkan sebelum dibawa oleh Mutawwif untuk mengerjakan ibadah Umrah. Bermalam di Mekah.
HARI 07 - 12 MAKKAH
Jemaah adalah bebas untuk mengisi masa lapang dengan memperbanyakkan
ibadah Umrah atau menguruskan hal-hal peribadi. Bermalam di
Mekah
HARI 13 MAKKAH JEDDAH KAHERAH
Jemaah adalah bebas untuk mengisi masa lapang dengan memperbanyakkan ibadah Umrah atau menguruskan hal-hal peribadi. Tawaf wida` dan berangkat ke Jeddah untuk menaiki penerbangan balik ke KLIA melalui Kaherah. Transit di Kaherah sementara penerbangan ke KLIA pada jam 3.30 pagi.
HARI 14 KAHERAH - KUALA LUMPUR
Jemaah akan tiba di KLIA pada jam 8.40 malam dan tamat acara. Semoga ibadah kita diberkati Allah, Insyallah
|
|