PAKEJ DOMESTIK
PAKEJ ANTARABANGSA
PAKEJ UMRAH & ZIARAH 2011
ITINERARI (MH)
ITINERARI (RJ)
ITINERARI (QR)
SYARAT GAMBAR VISA UMRAH
SYARAT VISA UMRAH
HAJI 2011
   

Mitra Kembara Sdn Bhd, sebuah agensi pelancongan terkemuka yang mempunyai rangkaian dalam dan luar negara yang luas, tenaga mahir yang cekap dan berdedikasi serta sistem pemprosesan tersendiri yang canggih untuk menguruskan segala bentuk keperluan perjalanan ke serata dunia.


Pengkhususan kami :

  • Perjalanan Kerajaan dan Swasta

  • Pakej Umrah dan Pakej Pelancongan Muslim

  • Pakej Haji Kaedah Tabung Haji Swasta

  1. Perjalanan Kerajaan dan Swasta
    Perancangan dan pengurusan segala bentuk keperluan perjalanan rasmi atau teknikal rombongan kerajaan dan swasta meliputi tempahan tiket penerbangan, feri, keretapi, tempahan pengangkutan, tempahan hotel, tempahan restoran makanan islam, pengurusan visa dan khidmat rundingcara perjalanan.

  2. Pakej Umrah dan Pakej Pelancongan Muslim
    Pengurusan umrah Mitra Kembara menitik beratkan keselesaan dan kelancaran perjalanan. Pakej pelancongan muslim pula menawarkan pakej percutian yang menitik beratkan makan minum halal dan lawatan yang melibatkan unsur unsur keislaman.

  3. Pakej Haji Kaedah Tabung Haji Swasta
    Sebagai salah sebuah agensi pelancongan yang di lesenkan oleh Lembaga Tabung Haji untuk menguruskan jemaah haji, Mitra Kembara menawarkan pakej pilihan yang menitik beratkan kesempurnaan ibadah, keselamatan, kebajikan dan keselesaan jemaah.
       
1) Nama Syarikat
  MITRA KEMBARA SDN BHD
  Alamat  
Alamat : Peti Surat No : 27
Lot G-02, Ground Floor
Menara Park (Formerly KUB.com)
Megan Avenue II, No.12, Jalan Yap Kwan Seng
50450 Kuala Lumpur
Malaysia
Telefon : 603 – 2164 6606
Faks : 603 – 2164 6607
Email : informk@mitrakembara.com.my
Tarikh ditubuhkan : 22 November 1976
Lesen : Didaftarkan di bawah Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan (KKKP 1522)
No. Syarikat : 29716 - K
Keahlian :

IATA – International Association of Travel Agent

MATTA – Malaysia Association of Tours & Travel Agencies ( Persatuan Agensi Pelancongan Malaysia )
 
BUMITRA – Persatuan Agensi Pelancongan Bumiputra

       
2) Perkhidmatan a)

Tiket Penerbangan
Mitra Kembara menawarkan perkhidmatan cekap melalui kemudahan sistem berkomputer CRS (Sistem Penempahan Berkomputer) yang terkini bagi pemprosesan semua urusan penempahan pengangkutan udara dalam dan luar negara.

    b)

Tempahan Hotel
Tempahan hotel dalam dan luar negara dengan menggunakan sistem tempahan hotel sedunia dan sistem pemprosesan `SWIFT` yang mempunyai pengkalan data yang kaya bagi memperolehi maklumat setiap komponen perjalanan darat dan udara. 

    c)
Khidmat runding cara perjalanan, penjualan insuran perjalanan dan permohonan visa.
Menyedari kelancaran sesuatu acara banyak bergantung kepada rangkaian yang luas dan ketepatan maklumat, Mitra Kembara diperlengkapkan dengan "server" sendiri dan sambungan internet untuk mempercepatkan urusan penyelidikan dan pengumpulan maklumat berkaitan dengan perjalanan pelanggan.
    d) Sewa Bas
Menyediakan bas-bas Mitra yang terbaru dan selesa dengan rekod perkhidmatan cemerlang.
    e) Perjalanan Rasmi Kerajaan
Berdaftar dengan Kementerian Kewangan untuk pengurusan tempahan tiket penerbangan, hotel dan pengangkutan di dalam dan luar negara yang disusun khusus untuk keperluan  perjalanan rasmi badan kerajaan dan separa kerajaan. Dengan pelbagai kemudahan moden, kakitangan yang mahir serta rangkaian syarikat bersekutu dan rakan niaga di pelbagai negara, pengurusan adalah lebih teratur dan terancang serta berupaya menepati kehendak para pelanggan.       
    f)
Sambutan dan Bantuan di KLIA
 Menyediakan khidmat sambutan dan bantuan di pintu `aerobridge`dan seterusnya mengiringi tetamu sehingga ke balai ketibaan untuk diserahkan kepada anda atau sehingga menaiki kenderaan ke destinasi seterusnya.
    g)
Pakej Umrah
Penyusunan dan penjualan pakej-pakej umrah dan ziarah yang berjadual dan tidak berjadual dengan pelbagai hotel terpilih pada harga yang berpatutan.
    h)
Pakej Haji Swasta
Mitra Kembara ialah agensi yang dilesenkan oleh Lembaga Urusan Tabung Haji untuk menguruskan jemaah haji berdaftar yang menginginkan perkhidmatan haji yang lebih baik dan tersusun.
       
4. Syarikat Bersekutu a)

MITRA MALAYSIA SDN BHD

     
Alamat : Peti Surat No : 27
Lot G-01, Ground Floor
Menara Park (Formerly KUB.com)
Megan Avenue II, No.12, Jalan Yap Kwan Seng
50450 Kuala Lumpur
Malaysia
Telefon : 603 – 2161 1311
603 – 2163 2133
Faks : 603 – 2161 3630
Lesen : KKKP No. 0129

MITRA MALAYSIA merupakan agensi pelancongan yang berpengalaman dalam penempahan dan penjualan tiket penerbangan, pelancongan  luar negara, perjalanan insentif, pengurusan mesyuarat dan konvensyen.
Memegang sijil MS ISO 9002 dalam kualiti perkhidmatan dan wakil Carlson Wagonlit Travel yang merupakan agensi terkemuka dengan 4,100 cawangan di lebih 125 negara di dunia.

       
       
    b)

PACIFIC WORLD TRAVEL SDN BHD

Alamat : Level 9 , Office Tower No.1, Jalan Nagasari (Off Jalan Raja Chulan) 50200, Kuala Lumpur
Telefon : 603 - 2141 3899
Faks : 603 - 2148 1357

Pacific World Travel ialah wakil negara untuk beberapa syarikat penerbangan dan beberapa perbadanan pelancongan negara luar :-
 
1 ) Asiana Airlines
 
2 ) American Airlines

3 ) Aloha Airlines
 
4 ) South African Airways

5 ) Canadian Airlines

6 ) National Inter-rent
 
7 ) Hawaii Visitors Bureau
 
8 ) Iberia Airlines
 
9 ) Jet Airways
 
10) Tahiti Tourist Office
 
11) Macau Government Tourist Office
 
12) Finnish Tourist Board

       
    c)
AVIS RENT A CAR
 
Merupakan syarikat kereta sewa yang popular di Eropah, Afrika dan Timur Tengah, AVIS menyediakan perkhidmatan kereta sewa pandu sendiri, berpemandu dan sebagainya untuk memenuhi kehendak pasaran di Malaysia.
       
       
 

MITRA KEMBARA DAN PERKHIDMATAN
 
Dalam melangkah ke alaf baru, Mitra Kembara telah diperlengkapkan dengan kemudahan teknologi terkini yang merangkumi sistem CRS terbaru untuk penempahan tiket penerbangan, sistem tempahan hotel sedunia, laman web sendiri dan sistem pemprosesan tersendiri `SWIFT` yang membolehkan pelanggan mendapatkan maklumat, memilih dan merancang sendiri perjalanan dari laman web kami.
 
Semua ini ialah usaha kami dalam mempelbagaikan pilihan, mempertingkatkan mutu perkhidmatan dan seterusnya menerajui industri pelancongan Malaysia.
 
Menyedari teknologi tinggi tanpa tenaga kerja terlatih, dinamik dan berpengalaman tiada ertinya, Mitra Kembara sentiasa menyemak dan mempertingkatkan sistem pengurusan dan tahap latihan kakitangannya agar dapat menggunakan kemahiran mereka pada tahap optima untuk kepentingan pelanggan.
 
Segalanya terbaru tetapi kami kekal sebagai :

 … Rakan Perjalanan Anda …