|
HAJI
Maksud:
Menziarahi Makkatul Mukarramah dalam musim Haji dengan niat
mengerjakan rukun haji. |
| |
|
Terdapat beberapa perkara rukun dan wajib dalam mengerjakan
haji. Sekiranya salah satu rukun haji tidak dilaksanakan,
maka tidak sah haji tersebut ,manakala sekiranya perkara yang
wajib tidak di laksanakan, haji tetap sah tetapi mestilah
membayar dam.
| Rukun
Haji |
Wajib Haji |
- Niat Ihram
- Wukuf di Arafah
- Tawaf
- Saie
- Tahlul dengan bergunting / bercukur
- Tertib pada kebanyakan rukun
|
- Niat Ihram di Miqat
- Bermalam di Muzdalifah
- Melontar di Jamrah Al Aqabah
- Mabit di Mina
- Melontar di 3 Jamrah pada 11, 12 dan 13 Zulhijjah.
- Mematuhi segala pantang larang ketika di
dalam ihram.
|
| Tidak sah haji sekiranya mana mana rukunnya tidak
dilaksanakan. |
Mesti membayar dam sekiranya tidak melaksanakan
mana mana perkara wajib di atas. |
|
|
NIAT HAJI DI MIQAT
Maksud:
Melafazkan niat mengerjakan haji di tempat tempat Miqat tertentu.
Sekiranya menaiki penerbangan dari Malaysia, tempat Miqat ialah
di Yalamlam sekitar 89 km dari Mekah. Jemaah di nasihatkan memakai
pakaian ihram terlebih dahulu dari rumah atau Kompleks Haji
Kelana Jaya dan melafazkan niat hanya melafazkan niat apabila
menghampiri Yalamlam. Juruterbang akan mengumumkan kepada semua
jemaah supaya memasang niat apabila pesawat menghampiri Yalamlam.
Sebaik sahaja melafazkan niat, jemaah sudah di kira berada di
dalam ihram dan mesti mematuhi pantang larang ihram. |
PANTANG LARANG KETIKA
DI DALAM IHRAM
|
Maksud :
Ketika di dalam ihram, bermula dengan melafaz niat
di Miqat, jemaah di mestikan membendung diri daripada melakukan
beberapa perkara terlarang* sehinggalah selesai ibadah umrah
atau haji dengan bertahlul. Sekiranya jemaah melanggar mana
mana pantang larang ihram, maka perlulah membayar dam pada
kadar tertentu.
|
| |
|
Larangan ihram berbeza berdasarkan jantina jemaah.
| |
LELAKI |
|
WANITA |
| 01 |
Kepala mestilah dibiarkan terdedah
dan sebarang penutup kepala adalah dilarang. |
01 |
Menutup muka, purdah dan sarung tangan
adalah dilarang. |
| 02 |
Memakai pakaian berjahit seperti
seluar, baju, T- shirt, setokin, sarung tangan dan
sepertinya adalah dilarang. |
02 |
Memakai wangian pada pakaian atau
mana mana bahagian tubuh, memakan makanan dan minuman
berwangian adalah dilarang. |
| 03 |
Memakai wangian pada pakaian atau
mana mana bahagian tubuh, memakan makanan dan minuman
berwangian adalah dilarang. |
03 |
Bercukur, bergunting atau mencabut
dengan sengaja bulu atau rambut dari mana mana bahagian
tubuh badan adalah dilarang. |
| 04 |
Bercukur, bergunting atau mencabut
dengan sengaja bulu atau rambut dari mana mana bahagian
tubuh badan adalah dilarang. |
04 |
Memotong kuku dari jari tangan atau
kaki adalah dilarang. |
| 05 |
Memotong kuku dari jari tangan atau
kaki adalah dilarang. |
05 |
Sebarang perbuatan yang merosakkan
tumbuhan di tanah haram adalah dilarang. |
| 06 |
Sebarang perbuatan yang merosakkan
tumbuhan di tanah haram adalah dilarang. |
06 |
Memburu atau membunuh binatang yang
halal di makan adalah dilarang. |
| 07 |
Memburu atau membunuh binatang yang
halal di makan adalah dilarang. |
07 |
Perhubungan kelamin adalah dilarang.
|
| 08 |
Perhubungan kelamin adalah dilarang.
|
08 |
Perbuatan yang boleh merangsang nafsu
seksual adalah dilrang. |
| 09 |
Perbuatan yang boleh merangsang nafsu
seksual adalah dilrang. |
09 |
Bernikah adalah dilarang. |
| 10 |
Bernikah adalah dilarang. |
|
|
|
|
|

|
TALBIAH
Maksud:
Lafaz yang boleh dibaca
bermula daripada waktu berniat ihram di Miqat sehingga waktu
bermulanya tawaf haji di Baitullah. Bacaan talbiah amat di galakkan
ketika dalam perjalanan ke Arafah untuk wukuf. |
| |
| BACAAN TALBIAH |
 |
Maksud:
" HambaMu datang menyahut
panggilanMu, Ya Allah hambaMu datang menyahut panggilanMu,
hambaMu datang menyahut panggilanMu, Tuhan yang tidak ada sekutu
bagiMu, hambaMu datang menyahut panggilanMu, sesungguhnya segala
pujian, nikmat dan pemerintahan adalah kepunyaanMu tidak ada
sekutu bagiMu ." |
WUKUF
Maksud:
Berada di Arafah dalam keadaan
sedar walaupun se saat di antara waktu terbenam matahari 9 Zulhijjah
dan subuh 10 Zulhijjah. |
| |
|
SYARIKAT- SYARIKAT WUKUF
|
| 1. |
Berada dalam ihram
dengan niat haji.
|
| 2. |
Waras fikiran. |
| 3. |
Tidak dalam keadaan nazak. |
| 4. |
Berada di bumi Arafah dalam waktu wukuf. |
| |
|
| AMALAN KETIKA WUKUF |
| 1. |
Bersolat jemaah beramai
ramai. |
| 2. |
Mengerjakan solat solat sunat secara berjemaah atau sendirian. |
| 3. |
Bertalbiah beramai ramai atau sendirian. |
| 4. |
Berdoa dan memohon ampun kepada Allah s.w.t. |
| 5. |
Membaca Al Quran. |
| 6. |
Berzikir |
BERMALAM DI MUZDALIFAH
|
Maksud:
Berada di Muzdalifah walau untuk seketika selepas tengah
malam 10th Zulhijjah atau keseluruhan malam sehingga subuh
10th Zulhijjah.
|
| |
| AMALAN SEMASA DI MUZDALIFAH |
|
1.
|
Mengerjakan solat isyak berjemaah sekiranya masih
belum. |
|
2.
|
Mengerjakan solat sunat. |
| 3. |
Bertalbiah. |
| 4. |
Berdoa. |
| 5. |
Berzikir. |
| 6. |
Mengutip anak-anak batu untuk melakukan lontaran di Mina.
Bilangan anak-anak batu yang dikutip adalah sebanyak :-
Tujuh (7) biji untuk lontaran Jamrah Al-Aqabah
dan
Empat puluh dua (42) biji untuk lontaran pada hari ke 11 dan
12 Zulhijjah bagi Nafar Awal
atau
Enam puluh tiga (63) biji batu sekiranya ingin digunakan untuk
lontaran pada 11, 12 dan 13 Zulhijjah bagi Nafar
Thani.
|
MELONTAR DI JAMRAH AL
AQABAH
|
Maksud :
Membuat lontaran sebanyak 7 kali dengan 7 biji batu satu
persatu masuk ke dalam takungan Jamrah dengan yakin.
|
| |
|
|
SYARAT SYARAT MELONTAR
|
| 1. |
Melontar dengan menggunakan tangan kanan. Jika tidak berkuasa
atau berdaya, maka bolehlah digunakan tangan kiri, kaki ataupun
mulut
|
| 2. |
Membuat lontaran dengan kaedah merejam, bukannya seperti meletakkan
batu, ataupun melambung. |
| 3. |
Melontar dengan mengangkat tangan ke atas paras bahu |
| 4. |
Niat melontar Jamrah tidak terpesong kepada tujuan-tujuan
lain |
| 5. |
Melontar dengan batu ataupun jenis-jenisnya. Tidak sah menggunakan
simen, konkrit atau ketul tar. |
| 6. |
Pastikan batu lontaran masuk ke dalam takungan Jamrah dengan
yakin. |
| |
|
| AMALAN DI JAMRAH AQABAH |
| 1. |
Terdapat 3 jamrah di Mina. Pastikan jemaah melontar di jamrah
yang betul dan mengikut turutan yang sepatutnya. |
| 2. |
Melontar 7 biji batu satu persatu dan cukup jumlahnya 7 lontaran. |
| 3. |
Iringi lontaran dengan takbir dan doa serta selesaikan dengan
doa. |
TAHLUL
Maksud :
Membebaskan diri daripada pantang larang ihram dengan bercukur.
|
BERCUKUR
|
Maksud :
Bercukur atau menggunting sekurang kurangnya 3 helai rambut
dari kepala selepas menyempurnakan lontaran hari pertama di
Jamrah Aqabah.
|
| |
|
BERCUKUR
|
| 1. |
Lazimnya dibuat selepas menyempurnakan lontaran hari
pertama di Jamrah Aqabah. Adakalanya di buat selepas tawaf
dan saie haji sekiranya mengerjakan tawaf lebih dahulu daripada
lontaran hari pertama Jamrah Aqabah.
|
| 2. |
Dibuat di Mina sekiranya tahlul selepas melontar Jamrah Aqabah
dan dibuat di Mekah sekiranya tawaf dahulu.
|
| 3. |
Untuk lelaki lebih afdal bercukur botak seluruh kepala dan
untuk wanita memadai hanya memotong satu inci dari 3 helai
rambut.
|
| 4. |
Mulakan bercukur di sebelah kanan kepala sambil menghala kiblat. |
Mabit di Mina
Maksud :
Mesti berada di Mina untuk sekurang kurangnya separuh malam
pada tiap tiap malam Tashrik 11, 12 dan 13 Zulhijjah. |
| |
|
IBADAH DI MINA KETIKA MABIT
|
| 1. |
Mengerjakan solat fardhu berjemaah.
|
| 2. |
Memperbanyakkan solat sunat. |
| 3. |
Talbiah. |
| 4. |
Membaca Al Quran dan berzikir. |
MELONTAR DI JAMRAH
AL ULA, AL WUSTA, AL AQABAH.
Maksud :
Melontar ke tiga tiga Jamrah ia itu 1) Jamrah Al Ula, 2) Jamrah
Al Wusta and 3) Jamrah Al Aqabah pada 11 and 12 Zulhijjah. |
| |
|
| SYARAT MELONTAR JAMRAH |
| 1. |
Mesti melontar dengan tangan kanan tetapi sekiranya tidak
mampu, bolehlah dengan tangan kiri. |
| 2. |
Mestilah melontar dengan sempurna dan bukan sekadar meletakkan
batu ke dalam Jamrah. |
| 3. |
Tangan perlulah di angkat sekurang kurangnya di atas paras
bahu untuk lontaran yang sempurna. |
| 4. |
Lontaran mestilah dengan niat untuk menyempurnakan ibadat
sebagai memenuhi tuntutan Haji kerana Allah Taala. |
| 5. |
Mestilah menggunakan batu dan tidak sah menggunakan barang
lain seperti selipar, simen, konkrit, tar dan sebagainya. |
| 6. |
Ke semua batu tidak semestinya mengenai tiang Jamrah tetapi
mesti memasuki kolah Jamrah. |
| 7. |
Pada hari pertama, hanya perlu melontar di Jamrah Al Aqabah
sahaja tetapi pada hari hari tasyrik seterusnya mesti melontar
di ketiga tiga Jamrah. Mesti melontar mengikut turutan bermula
dengan Jamrah Al Ula yang kecil di ikuti Jamrah Al Wusta yang
bersaiz sedang dan yang terakhir sekali Jamrah Al Aqabah. |
| 8. |
Lontaran pada hari 11 Zulhijjah mestilah disempurnakan dengan
yakin terlebih dahulu sebelum melontar seterusnya pada 12
Zulhijjah.
|
| |
|
|
MELONTAR DI 3 JAMRAH
|
| 1. |
Ada 3 jamrah di kawasan Mina. Pastikan bermula di jamrah yang
betul. |
| 2. |
Pastikan bermula di Jamrah Al Ula yang kolahnya berbentuk
bulat. |
| 3. |
Apabila sudah kelihatan jamrah, sediakan batu lontaran sebanyak
7 biji di genggaman tangan kiri dan menyusup perlahan lahan
menghampiri jamrah. |
|
4.
|
Apabila sudah tiba dalam jarak melontar, ambil sebiji batu
dari tangan kiri dan lontar ke dalam kolah jamrah sambil melaung
takbir. Ulangi sehingga cukup 7 kali lontaran. Bacalah doa ketika
dan selepas melontar. |
| 5. |
Teruskan berjalan ke arah jarah seterusnya ( Jamrah Al Wusta
). |
| 6. |
Ulangi cara melontar seperti di Jamrah Ula iaitu melontar
7 kali. |
| 7. |
Kemudian teruskan ke Jamrah Al Aqabah yang kolahnya berbentu
separa bulatan. Lontarlan 7 biji batu seperti di lakukan di
jamrah jamrah sebelumnya. |
| 8. |
Pastikan setiap batu memasuki kolah jamrah
|
| 9. |
Ingatlah bahawa 7 biji batu di setiap jamrah. Satu batu untuk
setiap lontaran.
|
|

|
TAWAF
Maksud :
Bergerak mengelilingi Kaabah sebanyak 7 pusingan bermula dari
garisan Hajarul Aswad dan berakhir di garisan Hajarul Aswad
dengan bahu kiri menghala ke arah Kaabah. |
| |
|
SYARAT SYARAT TAWAF
|
| 1. |
Bersih daripada hadas besar atau hadas kecil. |
| 2. |
Bersih tubuh badan dan berihram yang suci daripada najis. |
| 3. |
Menutup aurat sepertimana untuk solat. |
| 4. |
Bergerak mengelilingi Kaabah 7 kali dengan yakin. |
| 5. |
Mengelilingi Kaabah dengan bahu kiri menghala Kaabah. |
| 6. |
Garis permulaan tawaf ialah di garisan hijau sejajar dengan
Hajarul Aswad. |
| |
| CARA MENGERJAKAN TAWAF |
| 1. |
Bergerak perlahan tanpa gopoh ke arah garisan
yang sejajar dengan sudut Hajarul Aswad
|
| 2. |

Pasang niat tawaf umrah atau haji apabila sudah hampir dengan
garis Hajarul Aswad. Contoh niat tawaf umrah: |
| |
Maksud :
Segaja aku tawaf Baitullah ini sebanyak 7 pusingan tawaf
umrah, maka permudahkanlah dan terimalah ibadahku ini untuk
Allah Taala.
|
| 3. |
Bacaan niat seperti di atas hanyalah sunat sahaja.
Sudah memadai sekiranya di niatkan dalam Bahasa Melayu seperti
: Aku tawaf umrah / haji untuk Allah s.w.t. |
| 4. |
Di sunatkan melayangkan salam ke arah Hajarul
Aswad apabila melewatinya. |
| 5. |
Mulakan tawaf dengan bahu kiri menghala ke arah
Kaabah dan baca doa. |
| 6. |
Lelaki digalakkan berlari anak pada pusingan pertama,
ke dua dan ke tiga. |
| 7. |
Apabila melewati Rukun Yamani, di sunatkan istilam
dan takbir.Upon arrival at Rukun Yamani, do the istilam and
tekbir once more. |
| 8. |
& pusingan mestilah di lengkapkan dan bahu
kiri mestilah sentiasa menghala ke arah Kaabah.
|
| 9. |
Bacalah doa di setiap pusingan sepanjang tawaf.
Sebaik baik doa ialah yang difahami sendiri dan ikhlas dari
hati. |
|

|
SAIE
Maksud :
Bergerak dari Safa ke Marwah dan balik ke Safa berulang alik
sebanyak 7 kali. |
| |
| CARA MENGERJAKAN SAIE |
| 1. |
Dibuat selepas menyempurnakan tawaf. |
| 2. |
Bermula di batu bukit Safa dan berakhir
di batu hitam bukit Marwah. |
| 3. |
Pasang niat saie dan bacalah doa dan bertakbir
sambil mengangkat ke dua dua tangan ke arah Kaabah.
Kemudian melangkah turun dari bukit Safa dan bergerak ke arah
Marwah. Contoh niat :
|
| |
Maksud :
Ya Allah, aku mengerjakan Saie antara Safa dan Marwah sebanyak
7 kali untuk Allah Taala |
| 5. |
Lengkapkan 7 pusingan dengan yakin. Pergerakan
dari Safa ke Marwah di anggap sebagai satu pusingan dan dari
Marwah ke Safa sebagai satu pusingan lagi. |
| 6. |
Mestilah kekalkan niat mengerjakan saie hanya
untuk Allah Taala. |
TERTIB
Maksud :
Mengerjakan haji mengikut tertib atau turutan. |
| |
| TERTIB MENGERJAKAN HAJI |
| 1. |
Niat di Miqat. |
| 2. |
Wukuf di Arafah pada 9 Zulhijjah. |
| 3. |
Singgah di Mudzalifah. |
| 4. |
Melontar di Jamrah Al Aqabah pada 10 Zulhijjah. |
| 5. |
Tahlul Awal dengan bercukur. |
| 6. |
Mabit di Mina |
| 7. |
Melontar di 3 Jamrah pada 11, 12 dan 13 Zulhijjah. |
| 8. |
Tawaf Haji/Ifadah |
| 9. |
Saie Haji |

|