|
Mitra Kembara Sdn Bhd di tubuhkan pada
tahun 1976 sebagai salah sebuah anak syarikat Kumpulan Melewar dan
sebelumnya dikenali dengan nama Serba Lenang Sdn. Bhd. Sebagai agensi
pelancongan yang berdaftar di bawah persatuan antarabangsa agensi
pelancongan (IATA), Mitra Kembara boleh menyediakan pelbagai jenis
perkhidmatan perjalanan dan pelancongan seperti tiket perjalanan
udara ke seluruh dunia dan dengan sistem pemprosesan tersendiri
serta rangkaian rakan niaga yang luas di seluruh dunia, Mitra Kembara
juga cemerlang menguruskan tempahan penginapan, pengangkutan, makan
minum dan lain lain keperluan lawatan sama ada di dalam atau luar
negara.
Kami di Mitra Kembara amat berbangga kerana telah dapat menyumbangkan
khidmat kami dalam menjayakan banyak lawatan rasmi dan teknikal
di serata dunia.
- Penempahan dan penjualan tiket penerbangan domestik dan antarabangsa
dengan sistem penempahan berkomputer ( CRS ).
- Penempahan hotel, pengangkutan dan makan minum di hampir semua
kota besar di dunia.
- Khidmat rundingcara perjalanan, insurans perjalanan dan permohonan
visa.
- Perkhidmatan sewa bas Mitra untuk lawatan dalam negara.
- Pengurusan lawatan rasmi atau teknikal yang memerlukan penyusunan
acara yang rapi, rangkaian logistik yang luas dan perkhidmatan
yang cemerlang.
- Khidmat sambutan dan bantuan di KLIA untuk memastikan para
tetamu anda dari luar negara mendapat perhatian terbaik.
- Penyediaan dan penyusunan acara mesyuarat, insentif, konvensyen
dan pameran.

|