PAKEJ DOMESTIK
PAKEJ ANTARABANGSA
PAKEJ UMRAH & ZIARAH
ITINERARI (MH)
ITINERARI (RJ)
ITINERARI (QR)
ITINERARY (SV)
SYARAT GAMBAR VISA UMRAH
SYARAT VISA UMRAH
TIP-TIP HAJI & UMRAH
HAJI 2011
   

 

ITINERARI UMRAH (SAUDI AIRLINES)
11 HARI / 10 MALAM

HARI 01 KUALA LUMPUR / MADINAH

Berada di KLIA 3 jam sebelum waktu berlepas untuk daftar masuk secara berkumpulan. Passport, tiket dan boarding pass akan diserahkan kepada jemaah untuk bertolak ke Madinah selepas urusan “check-in” selesai, jemaah akan di sambut oleh wakil/mutawwif kami dan dibawa Madinah dengan menaiki bas berhawa dingin. Setibanya di Madinah, jemaah akan dibawa ke hotel untuk check in. Bermalam di Madinah.

HARI 02 MADINAH (SARAPAN/M.TENGAHARI/M.MALAM)
Selepas sarapan pagi, jemaah akan dibawa menziarahi Makam Rasulullah dan para sahabat, Raudhah serta sekitar Perkuburan Baqi’. Selesai ziarah, jemaah bebas untuk beribadat di Masjid Nabawi. Kelebihan bersolat di Masjid Nabawi sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

“Pahala solat di Masjidku ini adalah seribu kali lebih baik daripada sembahyang di lain-lain masjid kecuali di Masjidil Haram “ (HR Bukhari dan Muslim)  

HARI 03 MADINAH (SARAPAN/M.TENGAHARI/M.MALAM)
Selepas sarapan pagi, jemaah diminta berada di lobi hotel untuk menziarahi tempat-tempat bersejarah sekitar Madinah seperti Masjid Quba, Masjid Tujuh, Masjid Qiblatain, Jabal Uhud dan Pasar Kurma.

HARI 04 MADINAH / MAKKAH (SARAPAN/M.TENGAHARI/M.MALAM)
Sebelum berangkat ke Mekah jika berkesempatan jemaah bolehlah melakukan ziarah di dalam Masjid Nabi sekali lagi. Jemaah dinasihatkan mandi sunat ihram dan berpakaian ihram (tanpa niat ihram). Selepas solat Zohor dan makan tengah hari, jemaah akan dibawa ke Mekah dengan menaiki bas dan singgah di Masjid Bir Ali untuk berniat ihram umrah.

Mendaftar masuk ke hotel. Setelah berehat seketika, jemaah akan dibawa menyempurnakan ibadah umrah iaitu tawaf Baitullah, saie dan tahlul (bercukur).

HARI 05 MEKAH (SARAPAN/M.TENGAHARI/M.MALAM)
Acara bebas - jemaah bebas mengisi masa lapang dengan memperbanyakkan ibadah di Masjidil Haram atau mengerjakan Umrah sendiri.

HARI 06  MEKAH (SARAPAN/M.TENGAHARI/M.MALAM)
Selepas sarapan pagi, jemaah diminta berada di lobi hotel untuk menziarahi tempat-tempat bersejarah di Makkah seperti Jabal Thur, Arafah, Jabal Rahmah, Jabal Nur, Muzdalifah dan Mina (tempat melontar seperti Jamratul Ula, Wusta dan Aqabah).

Jemaah akan dibawa  ke Ja’ranah (salah satu tempat yang berada di luar Tanah Haram Makkah) untuk berniat umrah dan seterusnya kembali ke Makkah untuk mengerjakan ibadah umrah.

HARI 07- 09 MEKAH (SARAPAN/M.TENGAHARI/M.MALAM)
Acara bebas - jemaah bebas mengisi masa lapang dengan memperbanyakkan ibadah di Masjidil Haram.

“Solat di Masjidku ini (Masjid Nabawi) adalah seribu kali lebih baik daripada sembahyang di lain-lain masjid kecuali di Masjidil Haram, solat di Masjidil Haram lebif afdhal daripada 100 kali solat di masjidku ini (iaitu 100 ribu kali daripada masjid lain) “. (HR Imam Ahmad, Sahih)

HARI 10 MEKAH (SARAPAN/M.TENGAHARI/M.MALAM)
Acara bebas - jemaah bebas mengisi masa lapang dengan memperbanyakkan ibadah di Masjidil Haram atau mengerjakan Umrah sendiri.

HARI 11 MEKAH / JEDDAH / KUALA LUMPUR
Jemaah dinasihatkan untuk melakukan Tawaf Wida sebelum berangkat ke Jeddah. Insya-Allah akan tiba di KLIA mengikut jadual yang ditetapkan.

 

MITRA KEMBARA SDN BHD

(TOURS & TRAVEL)

TEL: 03 2164 6606   FAX: 03 2164 6607